Papyrus:

I changed my font at scrappinblogs.blogspot.comBigger

Saturday, July 31, 2010

Pengalaman Memakai Tudung DeZahra


picture credit to
http://mrmrschenta.blogspot.com/


salam semua,

ikuti pengalaman Syatilla yg merupakan salah seorang daripada 3 pemenang bertuah yg memenangi tudung Dezahra, sila klik di sini http://mrmrschenta.blogspot.com/

Friday, July 23, 2010

Testimonial ke-2 dari pemenang LOVELYGIFT GIVEAWAY CONTEST


picture credit to http://aidiena.blogspot.com/

Salam semua,

ok, ni pula pengalaman aidiena memakai tudung DeZahra yang beliau menangi.

Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut:
http://aidiena.blogspot.com/2010/07/tudung-lovelygift-yang-lovely.html

Thursday, July 22, 2010

Testimonial dari pemenang LOVELYGIFT GIVEAWAY CONTEST

salam semua,

Ini testimonial dari salah seorang pemenang LOVELYGIFT GIVEAWAY CONTEST yang telah selamat melaram dengan tudung beliau.

sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut http://ceritapnut.blogspot.com/


pictures credit to
http://ceritapnut.blogspot.com/

Tips to wash Tudung with Thai Silk Awning

1) Dry cleaning is not recommended unless by your trusted laundrette.
2) Hand wash the tudung / awning in warm water using the mildest soap.
3) Never soak the tudung!
4) Do not wring the awning! Dry it in the shade.
5) Iron awning with a very minimum heat on the inside of the tudung.
Spray water thoroughly.

P/S: kepada pengguna tudung dezahra sukacita dimaklumkan DeZahra juga ada memberi perkhidmatan tukar owning. Harga yang dikenakan adalah seperti berikut:
owning thai silk : RM15
owning lycra : RM10
(harga di atas ialah charge yang dikenakan oleh Butik Dezahra. Lovelygift (dealer DeZahra) tidak mengenakan apa2 charge, kami cuma tolong anda tukarkan owning tetapi kos pos tudung hendaklah ditanggung oleh customer (kos pos seperti normal kos yg kami kenakan untuk pos tudung)

Tuesday, June 22, 2010

DEZAHRA Kembali bersama "Nur Kasih The Movie"

DeZahra sekali lagi menaja Ayu Raudhah dan Tiz Zaqyah dalam filem "Nur Kasih The Movie"


Dapatkan koleksi tudung ' Nur Kasih The Movie" sekarang



* picture credits to DeZahra

Monday, December 14, 2009

Material tudung deZahra


Salam semua.
Hari ni kami nak bagi info tentang kain yang digunakan utk menghasilkan koleksi tudung deZahra.Tudung deZahra diperbuat daripada kain lycra. Untuk makluman semua kain lycra ni ada pelbagai gred. Dalam penghasilan tudung deZahra, Butik deZahra menggunakan kain lycra gred AAA, iaitu gred yang paling baik.

Sifat- sifat kain jenis lycra:-
1. Stretchable (bergetah- senang dan selesa bila kita memakainya)
2. Mudah dipakai dan dibentuk.
3. Kainnya yang lembut (kain yang lembut ini membolehkan alunan ombak kain disusun mengikut gaya pemakai, dengan bahasa yg paling mudah senang untuk digayakan).
4. Kain lycra ini juga adalah sejenis kain yang sejuk dan amat sesuai dipakai dinegara yang bercuaca panas macam Negara kita.
5. Kain ini tidak mudah renyuk dan hanay perlu menggosok sedikit sahaja untuk mencantikkannya.
6. Mudah dijaga dan warnanya tidak luntur.
7. Nampak anggun dan bergaya bila dipakai.

Tips Pemilihan dan Penjagaan Tudung




Pilih tudung daripada jenis kain yang sesuai dan selesa.

1. Pastikan saiz tudung sesuai dengan bentuk muka.

2. Antara kain yang sesuai untuk dijadikan tudung ialah kain lycra, jersey, bawal, cita campuran, viscose, sutera dan sifon.

3. Pilihan tudung yang tepat adalah dengan memilih warna tanah pada baju untuk dijadikan warna tudung. Jika warna baju cerah, pilih warna tanah tudung yang lembut daripada kategori yang sama. Jika warna tanah baju gelap atau suram, pilih warna paling lembut yang terdapat pada baju.


PANDUAN PENJAGAAN TUDUNG

1. Sebaiknya cuci tudung dengan tangan menggunakan bahan pencuci yang lembuat, diikuti penggunaan bahan pelembut.

2. Ketika mencuci jangan campurkan tudung dengan pakaian lain.

3. Jangan jemur di tempat terlalu panas, cukup sekadar menganginkan di tempat teduh.

4. Sebaiknya gantung tudung apabila menyimpannya.

5. Elakkan memakai tudung ketika rambut masih basah

Friday, November 13, 2009

Ayu Raudah bertudung deZahra dalam Nurkasih- Jumaat 13 Nov 2009


Ayu Raudah memakai tudung deZahra B255A168




Ayu Raudah memakai tudung deZahra B029B029


Ayu Raudah memakai tudung deZahra B321B321



Ayu Raudah memakai tudung deZahra B041B041