Papyrus:

I changed my font at scrappinblogs.blogspot.comBigger

Monday, December 14, 2009

Material tudung deZahra


Salam semua.
Hari ni kami nak bagi info tentang kain yang digunakan utk menghasilkan koleksi tudung deZahra.Tudung deZahra diperbuat daripada kain lycra. Untuk makluman semua kain lycra ni ada pelbagai gred. Dalam penghasilan tudung deZahra, Butik deZahra menggunakan kain lycra gred AAA, iaitu gred yang paling baik.

Sifat- sifat kain jenis lycra:-
1. Stretchable (bergetah- senang dan selesa bila kita memakainya)
2. Mudah dipakai dan dibentuk.
3. Kainnya yang lembut (kain yang lembut ini membolehkan alunan ombak kain disusun mengikut gaya pemakai, dengan bahasa yg paling mudah senang untuk digayakan).
4. Kain lycra ini juga adalah sejenis kain yang sejuk dan amat sesuai dipakai dinegara yang bercuaca panas macam Negara kita.
5. Kain ini tidak mudah renyuk dan hanay perlu menggosok sedikit sahaja untuk mencantikkannya.
6. Mudah dijaga dan warnanya tidak luntur.
7. Nampak anggun dan bergaya bila dipakai.

Tips Pemilihan dan Penjagaan Tudung




Pilih tudung daripada jenis kain yang sesuai dan selesa.

1. Pastikan saiz tudung sesuai dengan bentuk muka.

2. Antara kain yang sesuai untuk dijadikan tudung ialah kain lycra, jersey, bawal, cita campuran, viscose, sutera dan sifon.

3. Pilihan tudung yang tepat adalah dengan memilih warna tanah pada baju untuk dijadikan warna tudung. Jika warna baju cerah, pilih warna tanah tudung yang lembut daripada kategori yang sama. Jika warna tanah baju gelap atau suram, pilih warna paling lembut yang terdapat pada baju.


PANDUAN PENJAGAAN TUDUNG

1. Sebaiknya cuci tudung dengan tangan menggunakan bahan pencuci yang lembuat, diikuti penggunaan bahan pelembut.

2. Ketika mencuci jangan campurkan tudung dengan pakaian lain.

3. Jangan jemur di tempat terlalu panas, cukup sekadar menganginkan di tempat teduh.

4. Sebaiknya gantung tudung apabila menyimpannya.

5. Elakkan memakai tudung ketika rambut masih basah